Kelas Soft Skills – Menjawab Kuiz

23 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 22 Oktober 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Soft skills iaitu menjawab kuiz. Seramai 10 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 6 ke 12 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

Para peserta diberi kuiz dalam bahasa English dengan beberapa soalan mudah mengenai pengenalan diri. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan melatih pemahaman murid-murid sekolah rendah ini dalam bahasa English, dimana soalan-soalan asas mengenai pengenalan diri diterapkan.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Siberbuli”. Penggunaan sosial media dalam kalangan kanak-kanak semakin banyak. Pelbagai permasalahan melibatkan teknologi maya ini boleh terjadi dan antaranya adalah siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali